Tuesday, July 31, 2012

SAJAK RAMADHAN :)


assalamualaikum..


aku tak slalu buat sajak macam ni .. tapi .. sajak ni adalh untuk pertandingan mencipta sajak KPMSI .. well.. maybe tak sebagus sajak you all .. tapi .. ini yang terbaik aku boley bagi...   good luck reading :)








PURNAMA INI..






purnama ini tiba lagi..
menguji jati diri
menguji kekuatan iman
menguji takat tinggi ketakwaan
menguji kesabaran umat muhammad .


ku seru wahai teman
biarlah purnama ini bersinar gemerlapan
agar sinar nya menyuluh tanah kita
melihatkan angin yang bertiup lembut
membawa pahala dan keberkatan 
untuk kita wahai saudara.


hati ini
setelah lama dalam lautan hitam
lemas dalam desakan iblis dan syaitan
dengan sinar purnama ini..
marilah kita wahai kawan..
bersama mencerah air yang hitam
agar hati sentiasa ingat yang maha kuasa..


wahai teman..
semoga sinaran purnama ini
dapat mengharum taman hati
penuhilah sinaran purnama ini..
dengan tasbih , selawat dan tahmid suci
allah rabbul 'alamin


aku pasti purnama ini akan pergi..
walau ku harap ia tidak hilang dari alam
aku pasti purnama ini akan datang lagi
dengan membawa seribu satu haruman syurga.
menghidukan aku pahala dan balasan
untuk simpanan hari perhimpunan


bersama kita menghargai purnama ini
tarbiyahkan nafsu dan minda kita
bagi laksanakan sunnatullah
bersama kita amar makruf nahi mungkar
agar selepas purnama ini..
kita ibarat bayi yang baru lahir dari rahim yang suci.
ibarat kain putih yang bersih.


APIALI













No comments:

Post a Comment